21 December, 2009

30 wasiat Imam Syafie

Assalamualaikum.

Sudah lama tak menulis di laman blog ini. Busy dengan agenda tersendiri di samping menelaah kitab Hidayatus Salikin yang masih belum dapat dihabiskan.

3 minggu lepas turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman menghabiskan masa selama 4 jam di Pustaka Mukmin mencari buku yang menarik. Terpandang sebuah buku "30 wasiat Imam Syafie" lalu membelinya dan sekarang hampir habis membacanya. Di sini saya ringkaskan apakah dia 30 wasiat itu semoga dapat dijadikan panduan bersama

1) Menuntut dan mengajarkan Ilmu
Imam Syafie memberi wasiat "tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia and akhirat di samping menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh. Imam Syafie berkata ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita dgn Allah sama ada ilmu ukhrawi seperti tauhid dan duniawi seperti ilmu sains & matematk. Kedua-dua ilmu ini mengajar kita tentang kewujudan Allah s.w.t

2) Memilih makanan yang halal
Imam Syafie memberi wasiat " Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam kerana makanan yang datangnya dari punca yang tidak halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya
a) Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga ia lebih gemar membuat kejahantan & maksiat serta benci kepada kebajikan
b) Sebarang doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah
c) Dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari kiamat nanti

3) Memperbanyakkan lima perkara
a) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
b) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
c) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
d) Jgn menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga
e) Jgn menyebut & menampakkan keaiban atau keburukan org lain

4) Sabar menghadapi musibah dan syukur menerima nikmat
Imam Syafie berkata "sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan satu kesabaran pula. Ada pun bala dan musibah ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah dugaan/cubaan dari Allah s.w.t agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah.

5) Menziarahi orang sakit
Imam Syafie memberi wasiat " Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit hendaklah diringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh Malaikat dan dicintai Allah

6) Hindari Perasaan Marah
Imam Syafie memberi wasiat " Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun ole itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
Sifat pemarah itu berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besar marahnya. Lagi tinggi kedudukan, pangkat, harta, pengikut seseorang maka lagi tinggilah ego seseorang. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujia kepada kita. Allah s.w.t mahu melihat sejauh mana sabar dan malunya kita kepada Allah.

7) Mengasihani anak yatim
Imam Syafie berkata " Kasihanilah anak yatim kerana Rasullulllah s.a.w juga tergolong di kalangan anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi & mengasihani anak yatim di akhirat

8) Berbakti kepada ibubapa
Imam Syafie berkata " Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih & lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kita.

9) Amal Soleh sebagai Perisai
Imam Syafie berkata " Berbuatlah sebanyak amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai org mukmin dan pelindung daripada serangan iblis

10) Taqwa membuahkan kejayaan dan kecemerlangan
Imam Syafie berkata "Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlah Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan & kemenangan
Taqwa mengikut pengertian Al-Quran dan habis ialah menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkanNya.

Sekian ,,,, Wallahu a'lam .. bersambung dalam posting seterusnya .. Insya-Allah

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.