09 November, 2009

Pemimpin

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak jadi pemimpin yang baik. Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Nabi Muhamamad s.a.w ada bersabda "Setiap dari kamu adalah pemimpin & bertanggungjawab ke atas pimpinannya"

Tips pertama
Untuk jadi pemimpin jiwa mesti kuat & kental. Tetapi kita sebagai manusia juga ada emosi dan ada masanya kita juga akan lemah semangat. Jadi untuk mendapat jiwa yang kuat & kental kena melalui banyak cabaran dan dugaan kerana dengan dugaan dan cabaran ini akan melatih diri kita sentiasa bersedia & tabah dengan dugaan yang mendatang

Tips kedua
Untuk jadi pemimpin jiwa kena berani. Berani di sini bermaksud sentiasa bersedia menghadapi risiko yang berada di sekeliling kita, bukannya mencari risiko. Keberanian mesti dicari, dilatih dan ditanam dalam diri. Tetapi keberanian juga perlu ada batasnya. Ia perlu takut kepada dosa kerana dengan ada perasaan takut akan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan bertawaduk. Jadi berani biarlah bertempat dan untuk menjadi berani perlu ada ilmu

Tips ketiga
Untuk jadi pemimpin perlu mengawal ego. Ego di sini bukanlah sifat angkuh atau sombong. Ianya lebih kepada satu perasaan tidak boleh dikritik atau bila berbicara dia akan sentiasa cuba untuk menonjolkan diri atau dalam perkataan Inggeris "show off". Syaitan sentiasa mengguna rasa-rasa ini untuk membuatkan kita lupa diri dan lupa pada Allah s.w.t. Untuk mengawal ego ini perlu sentiasa merendah diri pada orang lain, merendah diri pada Allah s.w.t. Banyak kan solat sunat disamping menjaga solat 5 waktu dan membaca Al Quran. Ini lah sahaja ubat yang terbaik dalam menjauhkan diri dari syaitan

Tips keempat
Untuk menjadi pemimpin kita perlu ada sifat tanggungjawab. Ini bermaksud jangan ada sikap lepas tangan bila ada sesuatu masalah tapi bila ada sesuatu kebaikan atau kejayaan yang secara cepat mengambil kredit terhadapnya

Tips kelima
Untuk jadi pemimpin mesti boleh mengawal orang bawahan bukan mengongkong orang bawahan. Di sini kita perlu banyak bermuhasabah pada diri dan mencari apa kesilapan dan kekurangan diri. Kita perlu memperbetulkan diri sendiri barulah orang akan pandang hormat pada kita. Apa yang penting ialah mengamalkan ketelusan dan jangan takut atau malu untuk slow talk. Jangan sesekali cakap di belakang kerana ia boleh menimbulkan umpatan yang tidak elok dari segi agama Islam. Yang penting kita perlu jadi role model kepada orang bawahan

Sekian. Wallahu'alam

07 November, 2009

Nur Kasih

Assalamualaikum.
Kembali menulis semula setelah sekian lama sibuk dgn kerja. Masih lagi belum dapat menghabiskan menelaah kitab Hidayatus Salikin.

Tajuk di atas agak sinonim dgn drama Nur Kasih di TV3 setiap Jumaat 9 malam. Ya memang benar ia berkaitan dgn drama tersebut. Memang agak menyentuh perasaan jika menyaksikannya. Saya pada awalnya mengikuti juga cerita ini tapi bulan Ramadhan yg lalu tidak lah mengikuti sangat sebab bersolat terawih tapi 2 minggu lepas mula mengikutinya semula.

Cuma saya rasa agak tersentuh dgn lirik lagu Yasin Nur Kasih ini. Lirik yang betul betul menimbulkan keinsafan jika kita relate diri kita dgn Allah s.w.t. Sungguh terasa diri ini masih tercari cari nur kasih .... nur yang akan mengalirkan airmata apabila bertemu dgnNYA. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus mencari dan mencari nur itu. Seperti baris lirik ini "Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran"

Di bawah lirik Nur Kasih .... renungkan setiap baris baris ini dan fahami maksud yang tersirat

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih