09 November, 2009

Pemimpin

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak jadi pemimpin yang baik. Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Nabi Muhamamad s.a.w ada bersabda "Setiap dari kamu adalah pemimpin & bertanggungjawab ke atas pimpinannya"

Tips pertama
Untuk jadi pemimpin jiwa mesti kuat & kental. Tetapi kita sebagai manusia juga ada emosi dan ada masanya kita juga akan lemah semangat. Jadi untuk mendapat jiwa yang kuat & kental kena melalui banyak cabaran dan dugaan kerana dengan dugaan dan cabaran ini akan melatih diri kita sentiasa bersedia & tabah dengan dugaan yang mendatang

Tips kedua
Untuk jadi pemimpin jiwa kena berani. Berani di sini bermaksud sentiasa bersedia menghadapi risiko yang berada di sekeliling kita, bukannya mencari risiko. Keberanian mesti dicari, dilatih dan ditanam dalam diri. Tetapi keberanian juga perlu ada batasnya. Ia perlu takut kepada dosa kerana dengan ada perasaan takut akan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan bertawaduk. Jadi berani biarlah bertempat dan untuk menjadi berani perlu ada ilmu

Tips ketiga
Untuk jadi pemimpin perlu mengawal ego. Ego di sini bukanlah sifat angkuh atau sombong. Ianya lebih kepada satu perasaan tidak boleh dikritik atau bila berbicara dia akan sentiasa cuba untuk menonjolkan diri atau dalam perkataan Inggeris "show off". Syaitan sentiasa mengguna rasa-rasa ini untuk membuatkan kita lupa diri dan lupa pada Allah s.w.t. Untuk mengawal ego ini perlu sentiasa merendah diri pada orang lain, merendah diri pada Allah s.w.t. Banyak kan solat sunat disamping menjaga solat 5 waktu dan membaca Al Quran. Ini lah sahaja ubat yang terbaik dalam menjauhkan diri dari syaitan

Tips keempat
Untuk menjadi pemimpin kita perlu ada sifat tanggungjawab. Ini bermaksud jangan ada sikap lepas tangan bila ada sesuatu masalah tapi bila ada sesuatu kebaikan atau kejayaan yang secara cepat mengambil kredit terhadapnya

Tips kelima
Untuk jadi pemimpin mesti boleh mengawal orang bawahan bukan mengongkong orang bawahan. Di sini kita perlu banyak bermuhasabah pada diri dan mencari apa kesilapan dan kekurangan diri. Kita perlu memperbetulkan diri sendiri barulah orang akan pandang hormat pada kita. Apa yang penting ialah mengamalkan ketelusan dan jangan takut atau malu untuk slow talk. Jangan sesekali cakap di belakang kerana ia boleh menimbulkan umpatan yang tidak elok dari segi agama Islam. Yang penting kita perlu jadi role model kepada orang bawahan

Sekian. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.