21 December, 2009

30 wasiat Imam Syafie

Assalamualaikum.

Sudah lama tak menulis di laman blog ini. Busy dengan agenda tersendiri di samping menelaah kitab Hidayatus Salikin yang masih belum dapat dihabiskan.

3 minggu lepas turun ke Jalan Tuanku Abd Rahman menghabiskan masa selama 4 jam di Pustaka Mukmin mencari buku yang menarik. Terpandang sebuah buku "30 wasiat Imam Syafie" lalu membelinya dan sekarang hampir habis membacanya. Di sini saya ringkaskan apakah dia 30 wasiat itu semoga dapat dijadikan panduan bersama

1) Menuntut dan mengajarkan Ilmu
Imam Syafie memberi wasiat "tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia and akhirat di samping menjadi amalan para Nabi, Rasul dan orang-orang soleh. Imam Syafie berkata ilmu yang sebenarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita dgn Allah sama ada ilmu ukhrawi seperti tauhid dan duniawi seperti ilmu sains & matematk. Kedua-dua ilmu ini mengajar kita tentang kewujudan Allah s.w.t

2) Memilih makanan yang halal
Imam Syafie memberi wasiat " Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam kerana makanan yang datangnya dari punca yang tidak halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya
a) Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga ia lebih gemar membuat kejahantan & maksiat serta benci kepada kebajikan
b) Sebarang doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah
c) Dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari kiamat nanti

3) Memperbanyakkan lima perkara
a) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
b) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
c) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
d) Jgn menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga
e) Jgn menyebut & menampakkan keaiban atau keburukan org lain

4) Sabar menghadapi musibah dan syukur menerima nikmat
Imam Syafie berkata "sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan satu kesabaran pula. Ada pun bala dan musibah ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah dugaan/cubaan dari Allah s.w.t agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah.

5) Menziarahi orang sakit
Imam Syafie memberi wasiat " Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit hendaklah diringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh Malaikat dan dicintai Allah

6) Hindari Perasaan Marah
Imam Syafie memberi wasiat " Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun ole itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
Sifat pemarah itu berasal dari sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu lagi besar marahnya. Lagi tinggi kedudukan, pangkat, harta, pengikut seseorang maka lagi tinggilah ego seseorang. Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujia kepada kita. Allah s.w.t mahu melihat sejauh mana sabar dan malunya kita kepada Allah.

7) Mengasihani anak yatim
Imam Syafie berkata " Kasihanilah anak yatim kerana Rasullulllah s.a.w juga tergolong di kalangan anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi & mengasihani anak yatim di akhirat

8) Berbakti kepada ibubapa
Imam Syafie berkata " Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih & lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kita.

9) Amal Soleh sebagai Perisai
Imam Syafie berkata " Berbuatlah sebanyak amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai org mukmin dan pelindung daripada serangan iblis

10) Taqwa membuahkan kejayaan dan kecemerlangan
Imam Syafie berkata "Taqwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlah Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan & kemenangan
Taqwa mengikut pengertian Al-Quran dan habis ialah menunaikan segala amalan yang difardukan Allah dan meninggalkan segala yang diharamkanNya.

Sekian ,,,, Wallahu a'lam .. bersambung dalam posting seterusnya .. Insya-Allah

Wasalam

09 November, 2009

Pemimpin

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak jadi pemimpin yang baik. Setiap orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Nabi Muhamamad s.a.w ada bersabda "Setiap dari kamu adalah pemimpin & bertanggungjawab ke atas pimpinannya"

Tips pertama
Untuk jadi pemimpin jiwa mesti kuat & kental. Tetapi kita sebagai manusia juga ada emosi dan ada masanya kita juga akan lemah semangat. Jadi untuk mendapat jiwa yang kuat & kental kena melalui banyak cabaran dan dugaan kerana dengan dugaan dan cabaran ini akan melatih diri kita sentiasa bersedia & tabah dengan dugaan yang mendatang

Tips kedua
Untuk jadi pemimpin jiwa kena berani. Berani di sini bermaksud sentiasa bersedia menghadapi risiko yang berada di sekeliling kita, bukannya mencari risiko. Keberanian mesti dicari, dilatih dan ditanam dalam diri. Tetapi keberanian juga perlu ada batasnya. Ia perlu takut kepada dosa kerana dengan ada perasaan takut akan menjadikan kita insan yang lebih bertakwa dan bertawaduk. Jadi berani biarlah bertempat dan untuk menjadi berani perlu ada ilmu

Tips ketiga
Untuk jadi pemimpin perlu mengawal ego. Ego di sini bukanlah sifat angkuh atau sombong. Ianya lebih kepada satu perasaan tidak boleh dikritik atau bila berbicara dia akan sentiasa cuba untuk menonjolkan diri atau dalam perkataan Inggeris "show off". Syaitan sentiasa mengguna rasa-rasa ini untuk membuatkan kita lupa diri dan lupa pada Allah s.w.t. Untuk mengawal ego ini perlu sentiasa merendah diri pada orang lain, merendah diri pada Allah s.w.t. Banyak kan solat sunat disamping menjaga solat 5 waktu dan membaca Al Quran. Ini lah sahaja ubat yang terbaik dalam menjauhkan diri dari syaitan

Tips keempat
Untuk menjadi pemimpin kita perlu ada sifat tanggungjawab. Ini bermaksud jangan ada sikap lepas tangan bila ada sesuatu masalah tapi bila ada sesuatu kebaikan atau kejayaan yang secara cepat mengambil kredit terhadapnya

Tips kelima
Untuk jadi pemimpin mesti boleh mengawal orang bawahan bukan mengongkong orang bawahan. Di sini kita perlu banyak bermuhasabah pada diri dan mencari apa kesilapan dan kekurangan diri. Kita perlu memperbetulkan diri sendiri barulah orang akan pandang hormat pada kita. Apa yang penting ialah mengamalkan ketelusan dan jangan takut atau malu untuk slow talk. Jangan sesekali cakap di belakang kerana ia boleh menimbulkan umpatan yang tidak elok dari segi agama Islam. Yang penting kita perlu jadi role model kepada orang bawahan

Sekian. Wallahu'alam

07 November, 2009

Nur Kasih

Assalamualaikum.
Kembali menulis semula setelah sekian lama sibuk dgn kerja. Masih lagi belum dapat menghabiskan menelaah kitab Hidayatus Salikin.

Tajuk di atas agak sinonim dgn drama Nur Kasih di TV3 setiap Jumaat 9 malam. Ya memang benar ia berkaitan dgn drama tersebut. Memang agak menyentuh perasaan jika menyaksikannya. Saya pada awalnya mengikuti juga cerita ini tapi bulan Ramadhan yg lalu tidak lah mengikuti sangat sebab bersolat terawih tapi 2 minggu lepas mula mengikutinya semula.

Cuma saya rasa agak tersentuh dgn lirik lagu Yasin Nur Kasih ini. Lirik yang betul betul menimbulkan keinsafan jika kita relate diri kita dgn Allah s.w.t. Sungguh terasa diri ini masih tercari cari nur kasih .... nur yang akan mengalirkan airmata apabila bertemu dgnNYA. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus mencari dan mencari nur itu. Seperti baris lirik ini "Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran"

Di bawah lirik Nur Kasih .... renungkan setiap baris baris ini dan fahami maksud yang tersirat

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasihNur kasih

06 October, 2009

Kitab Hidayatus Salikin - Bab Ketiga

Assalamualaikum.
Mengkaji kitab Hidayatus Salikin bab ketiga berkenaan "Menjauh segala maksiat yang zahir".

Firman Allah taala dalam surah An Nur ayat 24.
"Pada hari yang naik saksi atas meraka itu segala lidah mereka itu dan segala tangan mereka itu dan segala kaki mereka itu dengan segala maksiat yang ada diperbuat oleh mereka itu akan dia iaitu pada hari kiamat"

Kitab ini menyatakan bahawa pintu neraka jahanam itu ada 7 di mana segala maksiat akan dapat menembusinya jika tiada kekuatan iman. Yang pertama ialah mata, yang kedua ialah telinga, yang ketiga ialah lidah, yang ke-empat ialah faraj, yang kelima ialah perut, yang ke-enam ialah tangan dan yang ketujuh ialah kaki

Insyallah akan disambung lagi dalam posting yang akan datang dengan huraian setiap satu

Wallah hu'alam

04 October, 2009

Iltizam

Assalamualaikum

Iltizam bermaksud komited. Bermakna segala tingkah laku bagi merealisasikan sesuatu dan mesti berlandaskan Islam

Adakah setiap tindak tanduk selama ini dilakukan dgn Iltizam ?

Wallah hu'alam .................. kini sedang menkaji semula segala kesilapan lalu & memohon keampunan dari Allah s.w.t dan memperbaiki semula kesilapan itu

Istiqamah

Assalamualaikum
Istiqamah bermaksud berdiri teguh di atas jalan Allah dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah, pegangan, amalan, perjuangan dan tidak sekali kali berganjak sedikit pun walau banyak godaan dan rintangan.

Sesungguhnya Istiqamah ini perlu ada dalam diri setiap umat Islam demi untuk membina jati diri agar segala rintangan dapat dihadapi dengan penuh sabar. Sesungguhnya setiap musibah itu adalah dari Allah s.w.t untuk menguji sejauh mana keimanan setiap insan.

Sesungguhnya setiap kali diuji jangan kita lupa berdoa pada Allah s.w.t kerana sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin yang paling berharga.

Sekian. Wallah hu'alam

1st Posting

Assalamualaikum
Alhamdulillah ..... segala puji pada Allah s.w.t atas keizinannya laman blog ini dapat diwujudkan demi untuk merangsang minda dan untuk mencari kedamaian yang hakiki. Sesungguhnya laman ini hanya bertujuan untuk mempamerkan segala ilmu yang diperolehi semoga ianya akan memberi manafaat pada diri saya sendiri and sesiapa yang membaca ruangan ini

Sekian.